Wednesday, 22 June 2011

Vlog Review: Aiman Azlan's "Dress for Success, Muslim Style!"

       Untuk entri kali ini,kite akan review dan meng"extract" video trbaru dri seorang Vlogger Malaysia iaitu Aiman Azlan.Namun sebelum itu, jom ikut saya dulu untuk kite meneliti bebrapa situasi dan keadaan yg semmangnya berlaku dalam masyarakat.Pemakaian dlm khidupan kita sebagai manusia terutame di Malaysia ni,(org Malaysia sgt sukekan fesyen okay) ini, fesyen adalah sesuatu yg tidak boleh kita elakkan. Namun sering berlaku salah faham dan pandangan ataupun stigma yg perlu kita perbetulkan sebagai seorang muslim. Sebagai contoh,situasi seperti ini berlaku,


"Syeikh, tak boleh pakai sluar jeans ni,bida'ah ni syeikh...astaghfirullah.Bertaubat syeikh, bertaubatlah.Bidaah ni sesat,Dan yang sesat tu tempatnya dalam neraka.Taubat syeikh."


ataupun,

"Ya allah,awak pakai sluar ni buat apa.Bukankah prempuan tak boleh pakai seluar.Salah ni salah."

     Itu hanya contoh.Namun secara realitinya ia memang berlaku.Bukan niat ingin kondem ataupun memerli namun tindakan seperti ini boleh menimbulkan kekeliruan.Kerana persoalan pokok yg banyak kali dah timbul,benar  ke begitu?Benarkah Islam tidak membenarkan pemakian jeans ataupun pkai2an yg mungkin dianggap terlalu berfesyen ini.Bagaimana pula jika ia melibatkan keperluan mendesak atau pun terpaksa?Susahnya Islam kalau mcm tu.Dan apakah sebenarnya garis panduan sebenar dalam berpakaian mengikut Islam?


PENJELASAN 

     Aiman Azlan is back with his new video!!!This is one of the best for me.Dan video terbaru daripada Aiman Azlan ini memang menjelaskan banyak perkara.Tentang batas pemakaian sebenar dan aulawiyat ataupun keutamaan yg septutnye kite sbg umat islam tekankan dalam kite berpakaian.Video ini dalam Bahasa Inggeris jadi saya harap korg yg bace ni fahamlah yer.Tolong lah tonton video ini sebelum kita teruskan kepada point2 yang seterusnya okay! =)




EXTRACTION
Berkaitan dengan 2 situasi yg saya sebut terdahulu, dan berdasarkan video Aiman Azlan ini, bagi saya, terdapat beberapa masalah yg spatutnye kita sedar dan stigma2 negatif yg prlu kite betulkan.


1.JANGAN TERLALU CEPAT MENGHUKUM.
Pemakaian seluar bagi wanita sebagai contoh, adalah tidak haram.Kerana pada dasarnya bukan seluar itu yang haram.Membuka aurat itu yang haram.Jadi asalkan seluar itu longgar dan tidak menampakkan aurat, tak salah.Sebab kita tidak tahu situasi nye.Boleh jadi permintaan ditempat kerja yang tidak mmbenarkan wanita itu berjubah ataupun berbaju krung ketika bekerja yg memaksa dia memakai seluar.Anda perlu faham itu.Betulkan stigma ini:


2.TIDAK SALAH BERFESYEN.
Boleh.Siapa kata tak boleh?Saya sendiri pon suke fesyen.Tak kisah lah dari mana pun.Tapi dress code yang Allah dah tetapkan itu PERLU dijadikan keutamaan dahulu.Aurat dah tutup, tidak ketat dan tidak berlebihan2 dalam berpakaian,make tak ada masalah.Islam itu indah,dan umatnya juga perlu mejadi INDAH.Kita perlu ingat itu, maka jangan jadi fitnah buat Islam dengan buruknya kita berpakaian.Kita adalah cerminan agama kita.
"ALLAH ITU CANTIK DAN SUKA AKAN KECANTIKAN"


Cool kan?Dah lame nak beli nih.Tapi mahal!T.T


3.PERLU FAHAM KEUTAMAAN DALAM BERPAKAIAN
Something yg perlu kita ingat dalam berpakaian adalah, "Are we trying to please the people or are you trying to please Allah?.Bear in mind that, apa yang manusia fikirkan ataupun pandangan manusia terhadap keindahan pakaian kita adalah hanya sementara.Apa yang Allah pandang itu yang utama dan kekal.Kerana itu dalam tiga keutamaan yang Aiman Azlan letakkan dalam video nya kali ni, Dress Code diletakkan yang pertama sekali.
        Dress Code ataupun Peraturan Pemakaian yang dimaksudkan disini adalah berkaitan dengan apa yang Allah sudah tetapkan dalam Al Quran. Allah tak ada masalah kalau korang nak kelihatan cantik dan indah.Tapi pastikan anda mngikut dahulu garis panduan yg Allah dah tetapkan.Itu adalah keutamaan kita yang pertama sekali.Kemudian brulah kita fikirkan mengenai keselesaan dan kemudian barulah fesyen.



4.BERSEDERHANALAH
Benarlah kata Aiman Azlan dalam video itu, "Its not wrong to wear fancy clothes, but never attach your heart to it." Pakaian ini kita perlu ingat ia hanya sementara.Hati kita tak perlu diletakkan sepenuh nya pada pakaian kita ini.Ia bukan segala-galanya.Cukuplah sekadar kita memnuhi keperluan kita untuk menutup bahagian2 yang sepatutnya ditutup, dan pada masa yg sama cukup sekadar untuk kita kelihatan indah.Ia sudah memadai.Kerana kita perlu ingat, wang dan pendapatan yg kita belanjakan itu akhirnya akan disoal diakhirat kelak.Jangan lah sampai berlebihan dalam berpkaian. Yang kita dapat ni pun semua nye barang pinjam dari Allah.Jangan sombong yer.=)
Konsepnye mudah,:
"KESEDERHANAAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN"


KESIMPULAN
      Korang nak pakai jeans ke, kemeja kotak2 ke, seluar ke, tudung labuh ke, tudung bawal ke, tudung bulat ke petak, ke bujur ke,pakailah.Asalkan ikutlah garis panduan yg kita dah ada sebagai seorang umat Islam.Tutup aurat yang penting.Seperti dua situasi diatas yang saya sebut diawal entri ini tadi, bukan akan megubah remaja2 ataupun kawan2 kite, malah akan menyebabkan diorg lari, kerana apa?


      Kerana ia akan menimbulkan pandangan seolah2 Islam ini kolot.Tidak fleksibel.Sedangkan Islam adalah maju, dan sentiasa fleksibel.Malah salah satu sifat Islam sendiri adalah Thabat Wa Murunah(Tetap dan fleksibel).
Dan sentiasa ingat, Allah ada bagitawu kat kita sesuatu yang sgt2 bermakna untuk kite same2 fikirkan dan renungkan2,




“Wahai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa, itulah yang paling baik.” (QS.Al A’raaf,7:26)


Kita adalah cerminan agama maka ikutlah sebaik2 nye yang telah ditetapkan Allah kepada kita.
 *ini adalah salah satu post saya yang paling serious setakat ni heheh~~ (^_^)


Wallua'lam. =)

5 comments:

  1. Haha...vid ni da bzmn da microvise...but i like ur review...the queen loves fashion...(*_^)

    ReplyDelete
  2. vid ni bru kuar lah...haha 21 july..maju sgt ko nih~~~ >.<

    ReplyDelete
  3. tapi kebanyakkan pakaian kita pada hari ini lebih menyerupai kebaratan... sampai hilang identiti bangsa masing-masing... jeans contohnya.. dalam dunia ney xda y xpakai seluar 2... pendapat saya, mengikuti cara pemakaian Rasulullah Saw adalah paling selamat dalam kita hidup di akhir zaman ini, takut tersesat walaupun sekadar fesyen pakaian.

    Baginda saw pesan kpd kita, "...aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara y mana jika kamu berpegang teguh kepada keduanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya, iaitu al-Quran dan Al-Hadith."

    Waullahualam bissawwab.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...